05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jom Ke Pasar Tani Masjid

JPMU1

08 April 2017 (Sabtu) – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan Pasar Tani MSUA Bukit Damansara yang julung-julung kali diadakan pada 8 April 2017. Pasar Tani ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari bertempat di perkarangan parkir bahagian belakang Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Hampir 50 orang peniaga telah menyertai pasar tani ini dengan menawarkan pelbagai jenis komoditi perniagaan antaranya ikan laut, ikan air tawar, daging segar, ayam, sayur hasil kampong, buah-buahan, barangan runcit, IKS dan pelbagai makanan serta minuman. Kesemua barangan yang dipasarkan adalah barangan yang lebih segar, berkualiti tinggi dan menjanjikan harga yang menarik iaitu 5 hingga 20 peratus lebih murah berbanding di pasar raya serta tempat-tempat lain.

Majlis Pra Pelancaran Pasar Tani MSUA Bukit Damansara telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang melakukan lawatan kerja ke setiap tapak niaga diiringi oleh pegawai tinggi FAMA dan Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Inisiatif pengenalan konsep Pasar Tani Masjid ini juga sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan keterlibatan penduduk setempat serta orang awam dalam program-program pengimarahan masjid tanpa mengira bangsa atau agama.

 

JPMU2 JPMU3
JPMU4 JPMU5
JPMU6 JPMU7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel