05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Gotong-Royong Perdana dan Penutup Kursus Asas Haji 1438H/2017 di Masjid Ar-Rahman

GRPR1

8 April 2017M / 11 Rejab 1438H (Sabtu) -  Masjid Ar-Rahman kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Lembah Pantai, Bomba & Penyelamat Pantai dan Alam Flora Sdn Bhd telah mengadakan Gotong-Royong Perdana bersempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1438H. Gotong-Royong ini bermula jam 8.00 pagi dengan aktiviti mencantas dahan pokok, memotong rumput dan membersihkan kawasan luar masjid.

Pada masa yang sama, peserta Kursus Asas Haji mengikuti Kursus Asas Haji Khas bagi mengulangkaji keseluruhan pelaksanaan Haji. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayag Persekutuan. Turut hadir Datuk Haji Ibrahim bin Tamby Chik Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ustaz Hazman bin Che Mohamed Pengerusi Masjid Ar-Rahman, Haji Halim wakil Tabung Haji W.Persekutuan, wakil Agensi Alam Flora dan Bomba dan Penyelamat. Majlis diakhiri dengan Jamuan makan kepada semua tetamu jemputan dan peserta Kursus serta Jemaah Masjid.

 

GRPR2 GRPR3
   
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Ar-Rahman
Jalan Pantai, Kuala Lumpur

Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel