05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik JAWI 2016

AC2016 IMG 7055

6 April 2017 (Khamis) – Seramai 330 orang murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2016 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada murid cemerlang yang telah berusaha gigih untuk mendapat keputusan terbaik serta memberi galakan dan motivasi kepada para guru agar sentiasa meningkatkan usaha dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan murid yang benar-benar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Selain itu, objektif majlis ini mendorong pihak pentadbiran sekolah untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan sekolah masing-masing berpotensi untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan dating di samping memberi pendedahan dan kesedaran kepada para ibu bapa di luar sana bahawa sekolah aliran agama juga mampu bersaing dan berjaya seiring dengan sekolah yang bukan aliran agama.

Turut menyaksikan penyampaian beberapa Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan, antaranya Anugerah Murid Terbaik UPKK (Perempuan) KAFA, Nur Aina Batrisyia Binti Mohd Royzaini, Anugerah Murid Terbaik UPKK (Lelaki) KAFA, Muhammad Adib Hakimi Bin Jasni, Anugerah Murid Terbaik UPKK (Perempuan) SRA, Elis Sofia Binti Mohd Asri, Anugerah Murid Terbaik UPKK (Lelaki) SRA, Mohamad Adib Haikal Bin Mohamad Najmi, Anugerah Murid Terbaik UPSRA (Perempuan) KAFA, Leryssa Syamel Zahwa Binti Abd. Hamid, Anugerah Murid Terbaik UPSRA (Lelaki) KAFA, Muhammad Arif Zikri Bin Nasyaruddin, Anugerah Murid Terbaik UPSRA (Perempuan) SRA, Nur Ibrah Syakira Binti Muhamma, Anugerah Murid Terbaik UPSRA (Lelaki) SRA, Ahmad Shafiq Bin ShaShee.

Manakala bagi Anugerah Terbaik Sekolah antaranya Sekolah Terbaik UPKK Kategori KAFA, KAFA Al-Islah, Sekolah Terbaik UPKK Kategori SRA, SRA Al-Ghufran, Sekolah Terbaik UPSRA Kategori KAFA, KAFA Sek. Keb. Putrajaya Presint 11(1) dan Sekolah Terbaik UPSRA Kategori SRA, SRA Al-Ghazali serta Kategori Zon Terbaik UPKK dan UPSRA dianugerahkan kepada Zon 3.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah JAWI. Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan YBrs. Puan Hajah Khadijah Binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI.

Tuan Haji Abdul Aziz dalam ucapannya berkata JAWI turut mengambil langkah pro aktif dengan sentiasa meningkatkan kecekapan pentadbiran ke arah memajukan sistem dan institusi pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan apabila menubuhkan empat buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bagi mengimbangi sistem pendidikan dalam negara serta memenuhi keperluan masyarakat.

AC2016 IMG 6778 AC2016 IMG 6819
AC2016 IMG 6881 AC2016 IMG 6897
AC2016 IMG 6968 AC2016 IMG 6979
AC2016 IMG 7070 AC2016 IMG 7092

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 


Cetak   Emel