05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengenalan Aplikasi Android ‘ Imarah ‘ Mampu Memberi Manfaat Kepada Masjid-Masjid Seluruh Negara

AIMB1

5 April 2017 (Rabu) - Dewan Masjid Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Bahagian Pengurusan masjid (BPM) telah mengadakan satu kursus yang dinamakan Kursus cara-cara menggunakan aplikasi Android “Imarah” bertempat di dewan syarahan dan bilik Mesyuarat Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi hingga 4 petang.

Kursus ini bertujuan antaranya memudahkan rangkaian semua masjid di mana semua aktiviti-aktiviti masjid boleh diketahui umum, ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada umat islam membuat pilihan untuk mengikuti perkembangan sesebuah masjid dan majlis-majlis ilmu yang perlu dihadiri oleh masyarakat.


Pembentangan tentang penggunaan Aplikasi ini telah dibentangkan oleh Prof.Dr.Mokhtar Abdullah, TNC dari UNICEL dan Amrul Amin bin Mokhtar Ketua unit ICT Dewan Masjid MDN, turut hadir Ustaz Anuar Hakim Bin Salleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid (JAWI), beberapa orang wakil dari Majlis Dakwah Negara, Imam-imam dari Masjid Putrajaya dan Wilayah Persekutuan KL.

 

AIMB2 AIMB3
   
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bangsar Kuala Lumpur

Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel