05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Tahsin Al-Quran @ MAIAS

TMIS1

4 April 2017 / 7 Rejab (Selasa) - Masjid Al-Imam Ash-Shafie  MAIAS  Taman Maluri Kuala Lumpur telah mengadakan Kelas Tahsin Al-Quran bersama YBhg Ustaz Dr Mohd Lukman Bin Ibrahim (Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia) bertempat di bilik mesyuarat MAIAS.

Kelas Tahsin Al-Quran ini diadakan sebulan dua kali,iaitu pada hari selasa minggu kedua & keempat setiap bulan selepas Isyak.Tujuan Kelas Tahsin Al-Quran ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemaharin bacaan Al-Quran di kalangan Imam,Bilal dan barisan Jawatankuasa MAIAS.

Pada pertemuan pertama bersama YBhg Dr Mohd Lukman, beliau telah menekankan tahsin pada surah Al Fatihah yang merupakan salah satu rukun dalam solat. Para pegawai dan AJK dikehendaki memperdengarkan bacaan Al Fatihah masing-masing. Pada kesempatan ini juga Dr Mohd Lukman menekankan makhraj huruf Dal dan ‘Ain.

Kelas ini dihadiri oleh semua Imam Bilal dan beberapa orang jawatankuasa MAIAS.

TMIS2 TMIS3
TMIS4 TMIS5
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash-Shafie
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 


Cetak   Emel