05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Dhuyufur Rahman Masjid Al-Imam Ash-Shafie

DRMIS1

2 April 2017 / 5 Rejab (Ahad) - Masjid Al-Imam Ash-Shafie  MAIAS  Taman Maluri Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji Bersiri 1438H/2017. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama LembagaTabung Haji Wilayah Persekutuan ini telah diadakan sebanyak 17 siri  pada setiap hari Ahad, jam 9.00 pagi bermula pada 4 Disember 2016 yang lalu. Kursus Asas Haji ini telah dibimbing oleh Tuan Haji Abu Hassan Bin Wahab.

Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah bertujuan memberikan ilmu dan pendedahan kepada anak kariah berkaitan ibadah haji dan umrah khususnya kepada bakal-bakal haji bagi tahun 2017 ini. Kursus yang dianjurkan secara percuma ini juga mengandungi modul teori dan amali berhubung ibadah haji dan umrah selain beberapa taklimat kesihatan ketika di tanah suci.

Seramai 100 orang peserta Kursus Asas Haji  telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Majlis Penutupan kursus Asas Haji Bersiri ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Nor Bin Ibrahim, Pengursi Masjid Al-Imam Ash-Shafie Tmn Maluri Kuala Lumpur.

 

DRMIS2 DRMIS3
DRMIS4 DRMIS5
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash-Shafie
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel