05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“FORZA JAWI!!”

Bola WhatsApp Image 2017-04-04 at 12.46.51 PM 1

1-2 April 2017 (Sabtu-Ahad) bersamaan 4-5 Rejab 1438H – Pasukan Bola Sepak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sepasukan yang telah di adakan di Padang Varsiti dan Padang C, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk edisi yang ke 8/2017. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada seluruh agensi agama Islam Malaysia. Penyertaan JAWI pada kali ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan silaturrahim dari kalangan pemain-pemain yang telah menyertai kejohanan ini.

Satu pencapaian terbaik dari pasukan JAWI apabila telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir dan mendapat tempat ke-4 dari 22 pasukan. Pasukan JAWI ini telah dibimbing dan diuruskan oleh Pengurus Pasukan iaitu En. Mohd Haikal bin Abd Raffor.

Tahniah diucapkan kepada pasukan JAWI FC. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk warga JAWI lebih aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat.

Bola IMG-20170402-WA0011 Bola IMG-20170402-WA0013
Bola IMG-20170402-WA0015 Bola IMG-20170402-WA0033
Bola WhatsApp Image 2017-04-04 at 12.46.51 PM 1 Bola WhatsApp Image 2017-04-04 at 12.47.38 PM

Urusetia Pasukan Bola Sepak JAWI


Cetak   Emel