05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TETAMU ALLAH @ MASJID ZAID BIN HARITSAH

 

WhatsApp Image 2017-04-04 at 10.44.31 AM

02 April 2017 (Ahad) - Masjid Zaid Bin Haritsah, Kg. Sg. Mulia Jalan Gombak, Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji Bersiri bagi Tahun 1438H/2017. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama LembagaTabung Haji Wilayah Persekutuan ini telah dilaksanakan sebanyak 17 siri iaitu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 pagi bermula pada 11Disember 2016 yang lalu. Kursus ini telah dibimbing oleh Tuan Haji Albni Ali Bin Jaafar.

Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah bertujuan memberikan ilmu dan pendedahan kepada anak kariah berkaitan ibadah haji dan umrah khususnya kepada bakal-bakal haji bagi tahun 2017 ini. Kursus yang dianjurkan secara percuma ini juga mengandungi modul teori dan amali berhubung ibadah haji dan umrah selain beberapa taklimat kesihatan ketika di tanahsuci.

Seramai 120 orang peserta Kursus Asas Haji yang terdiri daripada 46 orang lelaki dan 74 orang wanita telah Berjaya menamatkan pengajian mereka. Majlis Penutupan kursus Asas Haji Bersiri ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zaiton Binti Mohd Yusof, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 WhatsApp Image 2017-04-04 at 10.44.30 AM                WhatsApp Image 2017-04-04 at 10.45.51 AM     
   
   


Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI 

 

 


Cetak   Emel