05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ramah Mesra Pengarah Jawi Bersama Pengerusi-Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Surau-Surau Jumaat Putrajaya

MRMPENGARAH 05

2 April 2017 / 5 Rejab 1438H (Sabtu) – Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya bersama Surau Al-Munawwarah Presint 5R3 telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah JAWI Bersama Pengerusi-pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau-surau Jumaat bertempat di Surau Al-Munawwarah Presint 5R3 Putrajaya.

Majlis berkenaan juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik di antara Pengerusi-pengerusi dan Ahli Jawatankuasa bersama JAWI. YBhg Tuan Hj Hazarudin Bin Baharudin selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya juga turut hadir bersama-sama Pegawai Unit Pengurusan Masjid.

Majlis pada pagi tersebut dimulai dengan Ucapan Alu-aluan oleh KPPK JAWI Cawangan Putrajaya, disusuli dengan ucapan khas dan amanat dari Tuan Pengarah JAWI. Beliau  telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau yang telah dilantik kerana bertungkus lumus membantu JAWI dalam menguruskan Surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah bersetuju meluluskan kenaikan sumbangan Ihya’ Ramadhan 1438H pada tahun ini kepada Surau-surau yang berdaftar dengan JAWI.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog antara Pengerusi-pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau-surau Jumaat Putrajaya bersama Pengarah JAWI. 

MRMPENGARAH 01 MRMPENGARAH 02
MRMPENGARAH 07 MRMPENGARAH 06
MRMPENGARAH 04 MRMPENGARAH 03
   
   

Disediakan Oleh :

Unit Pengurusan Masjid

JAWI Cawangan Putrajaya

Foto Oleh :

Mohd Rafi Bin Mohd Sanusi

PPMD JAWI Cawangan Putrajaya

 


Cetak   Emel