05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Malam Perak Bersama Ustaz Dato' Kazim Elias

KADPD2

29 Mac 2017 (Rabu) – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah mangadakan Ceramah Khas Bulanan bertajuk “Kejor Akhirat, Dunia Pun Dapat...Ate Moh Kiter!” yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air iaitu Yang Berbahagia Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias. Majlis bertemakan “Malam Negeri Perak” yang berlangsung selama 3 jam ini, dijayakan secara bersama oleh anak-anak Perak yang menetap di Bukit Damansara diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hj. Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian.

Pengisian intipati ceramah pada malam tersebut menyimpulkan bahawa kita semua perlu kembali mengkaji serta berusaha untuk memahami secara serius tentang hikmah-hikmah maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Al-Quran & Hadith Rasulullah S.A.W untuk diaplikasikan dalam kehidupan sekaligus dapat menjana keberuntungan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Mempertimbangkan akhirat dalam apa jua keputusan untuk segala pekerjaan yang dilakukan adalah sangat penting agar kita tidak terkeliru dalam memahami dan memberi nilai kepada dunia.

Kehadiran tetamu telah direkodkan melebihi 500 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam. Kesemuanya masing-masing melahirkan rasa gembira dan sangat berpuas hati dengan penyampaian intipati-intipati penting ceramah khas yang telah dijayakan dengan sempurna. Majlis diakhiri dengan kemeriahan jamuan makan malam berlaukkan udang galah dan sup ketam sebagai menu utama yang dibawa khas daripada negeri Perak Darul Ridzuan. 

 

KADPD3 KADPD4
KADPD5 KADPD6
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

 


Cetak   Emel