05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Perdana Berinteraksi Dengan Non Muslim

 

FDNM1

 

30 Mac 2017M/ 2 Rejab 1438H (Khamis) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),Taman Maluri  telah mengadakan Forum Perdana Berinteraksi Dengan Non Muslim bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah kemudian disusuli dengan Forum Perdana oleh YBhg Ustaz Dr Mohd Nidzam bin Abdul Kadir dan Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji manakala moderator Bro Muhammad Alfie Ng dengan tajuk “Berinteraksi Dengan Non Muslim”. Lebih kurang 500 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan forum tersebut.

Tujuan forum ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Islam kaedah berdakwah kepada golongan non muslim.Antara sedutan forum tersebut,panelis menceritakan bagaimana untuk menarik minat terdahadap non muslimin untuk memeluk agama Islam. Ahli panel menjelaskan bahawa berdakwah kepada golongan non muslim tidaklah susah, dan setiap orang Islam perlu mengetahui kaedah yang betul sama ada secara lisan, pergaulan atau melalui harta. Antara lain juga, ahli panel menjelaskan beberapa permasalahan fiqh yang perlu difahami oleh masyarakat Islam terhadap golongan non muslim sebagai contoh derma darah dari kalangan non muslim kepada orang Islam tidaklah haram dan beberapa contoh yang lain.

Hadir sama pada forum ini Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor Bin Ibrahim,Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa,Pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

 

FDNM2 FDNM3
FDNM4 FDNM5
FDNM6 FDNM7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash-Shafie
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel