05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Penaziran Tindak Ikut Sekolah Rendah Agama Al-Ikhwan

ikut 2 
28-30 Mac 2017/ 29 Jamadilakhir – 2 Rejab 1438H  -Bahagian Pelajaran telah melakukan PENAZIRAN TINDAK IKUT DI SRA AL-Ikhwan Taman Desa Bakti, Selayang Kuala Lumpur melalui Unit Penaziran Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pegawai yang terlibat adalah seramai  8 orang yang terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan Ustazah Zarliza binti Ramli,  diiringi penolong pegawai Ustaz Kherul Anwar bin Hj Othman dan beberapa Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon (PPPZ).

Penaziran yang berlangsung 3 hari ini adalah bertujuan bagi memastikan pelaksanaan laporan dapatan pemeriksaaan penuh yang telah dilaksanakan pada 1-3 September 2015 yang lepas dipatuhi sepenuhnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sepanjang penaziran ini berlangsung, pihak penaziran memantau dari pelbagai aspek berdasarkan kepada Standard Kualiti Pengurusan Pendidikan Jawi (SKPPJ) yang merangkumi kepimpinan dan hala tuju, pengurusan organisasi, penguru dan kurikulum, pembelajaran dan pengajaran, pengurusan Hem, pengurusan ujian dan peperiksaan.

Penaziran Tindak Ikut ini akan dapat membantu melicinkan pengurusan pihak sekolah rendah agama di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan .

 

ikut 1   ikut 3
 ikut 4  ikut 5

 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel