05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyelarasan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat JAWI Siri-1/2017

BPSTKJ1

29 Mac 2017 (Rabu) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat  Jawi Siri 1/2017 bertempat di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut merupakan program berkala yang dijalankan oleh Unit Khutbah, Cawangan Pengimarahan dan Latihan, Bahagian Pengurusan Masjid dengan melibatkan seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada Panel Penyemak Teks Khutbah JAWI dan Pegawai-Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif bengkel tersebut ialah untuk menyediakan tajuk-tajuk beserta sinopsis teks khutbah Jumaat yang berkualiti, mantap serta menepati keadaan semasa masyarakat khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Melalui perkongsian idea dari kalangan peserta, bengkel tersebut telah berjaya membentuk sebanyak 16 tajuk-tajuk khutbah beserta sinopsis yang dapat membantu para penulis teks khutbah dalam menghasilkan teks khutbah yang berkualiti dan berinformasi.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir Tuan Haji Jaafar bin Ismail, KPPK Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI dan Tuan Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, KPP Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

 

MMU2 MMU3
MMU4 MMU5
MMU6 MMU7
MMU8 MMU9
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel