05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Siri Pemantauan Berkala Pusat Kursus Praperkahwinan Sekitar Kuala Lumpur Siri 3

25 Mac 2017M / 26 Jamadilakhir 1438H (Sabtu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Pra Perkahwinan sekitar Kuala Lumpur.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan syarikat penganjuran kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI). Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat penganjuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

Pemantauan dari  BPPK, JAWI ini diketuai oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (PPK, BPPK),  dan kakitangan bertugas iaitu Encik Mohd Hairolesham bin Misri,  Encik Wan Zamani bin Wan Deraman dan Encik Zazizul bin Zamri.

Pemantau dari BPPK, JAWI mula bergerak  pada jam 8.00 pagi ke Syarikat Islamic Outreach Abim  yang terletak di Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan tiba di lokasi sekitar jam 09.00 pagi. Seterusnya ke Syarikat Profound Learning yang terletak di Jalan Tasik Utama 7, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi Kuala Lumpur. Kemudian ke Syarikat Darussalam Management yang terletak di Jalan Alam Damai 1, Alam Damai, Cheras dan berakhir Bestari Mantap Enterprise, yang terletak di Mezzanine Floor, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Semoga pertemuan di antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus pra perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus kelak.

 

 

   
   

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel