05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DAKWAH ATAU DIDAKWA

 

WhatsApp Image 2017-03-24 at 10.18.46 AM

23 Mac 2017 / 24 Jamadil Akhir 1438H (Khamis) –Masjid Amru Ibni al-‘As Bandar Baru Sentul telah mengadakan kuliah Maghrib bulanan khas bersama penceramah Tuan Firdaus Wong Wai Hung. Program ini bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam. Kehadiran jemaah di dalam program ini seramai 400 orang.

Kuliah ini membicarakan tajuk “Dakwah atau Di Dakwa” yang menekankan kepada para jemaah supaya mengambil tanggungjawab memikul tugas berdakwah di jalan Allah kepada golongan Muslim dan juga Non Muslim. Kita sebagai hamba Allah wajib melaksanakan perintah Allah di dalam  islam dengan cara berpegang kepada prinsip amar makruf dan nahi mungkar. Penceramah amat menekankan agar jangan sesekali kita lupakan tugas kita dalam berdakwah kepada Non Muslim.

Selain itu, kuliah bulanan khas ini dapat menzahirkan keperihatinan pihak masjid dalam mengutamakan aspek ilmu yang perlu disalurkan kepada anak kariah. Pertalian ukhwah dapat dijalinkan sesama masyarakat setempat dengan adanya majlis ilmu sebegini di dalam masjid.

 

WhatsApp Image 2017-03-24 at 3.02.17 PM WhatsApp Image 2017-03-24 at 3.02.19 PM
WhatsApp Image 2017-03-24 at 3.02.16 PM WhatsApp Image 2017-03-24 at 3.02.18 PM
   


Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI 

 

 


Cetak   Emel