05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Saringan LINUS di SIRAJ SUBA (Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Uthman Bin Affan)

 sb01
 

17 Mac 2017 18 Jamadilakhir 1438 – Bahagian Pelajaran JAWI menerusi Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum (AP) telah mengadakan Sesi Taklimat Saringan LINUS bertempat di Bilik Mesyuarat, SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan, Bandar Tun Razak pada 17 Mac 2017 (Jumaat) bermula pada pukul 2.15 – 4.30 petang. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh para Pegawai Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum (AP), Bahagian Pelajaran dan 30 orang guru SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh para pegawai dari Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Kuala Lumpur diketuai oleh Puan Baizati binti Daud yang menjelaskan berkaitan pengenalan saringan LINUS dan proses pelaksanaan saringan LINUS Numerasi. Seterusnya taklimat disampaikan pula oleh Encik Nor Afendi bin Abdullah berkaitan saringan LINUS Bahasa Melayu. Manakala taklimat akhir disampaikan oleh Puan Siti Hawa binti Ahmad yang menerangkan tentang pelaksanaan saringan LINUS Bahasa Inggeris, soal kaji selidik serta sesi soal jawab bersama para Guru SIRAJ.

 

sb 2  sb03 
 sb4  sb5

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

Cetak   Emel