05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Tauliah 05

 

16 Mac 2017 (Khamis) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan sesi Temuduga Tauliah Penyembelih Siri 1/2017 yang bertujuan untuk memberikan Sijil dan Kad Tauliah Penyembelih kepada penyembelih-penyembelih yang bekerja di premis sembelihan sekitar Kuala Lumpur.

Sesi Temuduga Tauliah Penyembelih ini bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam yang dihadiri seramai 25 orang pemohon yang terdiri daripada 15 orang penyembelih yang memperbaharui tauliah dan 10orang penyembelih yang baru. Terdapat tiga sesi yang perlu dihadiri oleh pemohon tauliah iaitu sesi penilaian bertulis, sesi temuduga dan diikuti dengan sesi praktikal penyembelihan.

Penyampaian Sijil dan Kad Tauliah Penyembelih telah disempurnakan oleh Ustaz Abd Fatah Bin Yusof. Sesi Temuduga Tauliah Penyembelih tamat pada jam 2.00 petang berjalan dengan lancar dan jayanya dengan mendapat kerjasama yang amat baik daripada panel penemuduga, urus setia penyembelihan dan para pemohon tauliah.

 

Tauliah 01 Tauliah 02
Tauliah 04 Tauliah 03
   



Foto dan teks oleh:

Bahagian Penyelidikan, JAWI

 


Cetak   Emel