05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (Bppk) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Ke Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Johor (Jaij)

 
IMG 7448

 

13 Mac 2017/14 Jamadil Akhir 1438H - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bagi bertukar-tukar pandangan berkaitan isu kekeluargaan selain menjalinkan hubungan yang erat antara pihak JAWI dengan JAIJ.

Delegasi JAWI yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, BPPK disertai oleh Penolong Pengarah Kanan, Ustaz Zakaria bin Mohamed, Ketua Cawangan Pembangunan Keluarga Islam, Ustazah Anisah binti Musa, Ketua Cawangan Pentadbiran, Ustazah Nazihan binti Idris, Ketua Cawangan Nikah, Cerai & Rujuk, Ustaz Muhamad Fairudz bin Saderi, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Keluarga Islam dan Ustaz Mohd Hairolehsam bin Misri, Pembantu P&P. Turut hadir bersama delegasi ini ialah Tuan Haji Sabarudin bin Hassan, KPPK, JAWI Cawangan Labuan dan Ustaz Hasli bin Othman, Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya.

Delegasi memulakan perjalanan seawal 5.00 pagi daripada ibu pejabat dan tiba di JAIJ pada jam 9.15 pagi. Rombongan delegasi ini disambut oleh Tuan Haji Mat Burhanudin bin Mat Tiba, Timbalan Pengarah Operasi JAIJ (baru dilantik mulai 12 Mac 2017), Hajjah Alina Wong binti Abdullah, KPP Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIJ, Ustazah Siti Arfah binti Mohd Yusup, Ketua Unit Khidmat Nasihat, Ustaz Mohd Azhar bin Samadon, Ketua Unit Pembangunan Keluarga, Ustaz Mohamad Riduan bin Ramlan, Ketua Unit Pembangunan Sosial dan semua kakitangan Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIJ.

Setibanya di JAIJ delegasi dipelawa untuk bersarapan pagi. Kemudian dibawa ke bilik mesyuarat utama JAIJ untuk sesi taklimat dan ramah mesra. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh TPO, JAIJ dan taaruf antara kedua-dua pihak. Seterusnya taklimat stuktur dan operasi Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIJ disampaikan oleh KPP dan semua Ketua Cawangan Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIJ serta disusuli dengan sesi soal jawab.

Seterusnya rombongan delegasi dibawa melawat ibu pejabat Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIJ dan pejabat Bahagian Pembangunan Keluarga bagi daerah Johor Bahru yang turut berada di HQ.

Terdapat banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada lawatan dan perbincangan ini yang boleh dipraktikkan bagi tujuan penambahbaikan operasi BPPK, JAWI khasnya yang berkaitan dengan rundingcara dan program-program kekeluargaan. Diharapkan agar pertemuan ini akan berpanjangan dimasa akan datang.

 

IMG 7426 IMG 7436
 IMG 7523  IMG 7423
   

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel