05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Intensif Pengurusan Jenazah Hingga Ke Liang Lahad

 
IMG 0072

 

16 Mac 2017 (Khamis)-Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,bahagian pengurusan Masjid,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat  Zon 4 telah mengadakan Kursus Intensif Pengurusan Jenazah  Hingga Ke Liang Lahad pada 12 Mac 2017.

Kursus  ini telah dapat mengumpul peserta terdiri dari remaja,belia dan warga emas yang berumur 15 tahun sehingga 60 tahun.Peserta kursus ini terdiri daripada orang ramai dari dalam dan luar kariah Masjid Abu Ubaidah Al jarrah. Kursus ini dikendalikan oleh staf dari Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak kariah  tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur bidaah dan khurafat. Selain itu, ia bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian serat merapatkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anak kariah.

Para peserta didedahkan dengan perbincangan ilmiah,praktikal pengurusan jenazah yang melibatkan carta-cara memandikan dan mengkafankan jenazah. Seterusnya para peserta di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda bagi penerangan prosedur pengkebumian dan adab-adab di kubur.

IMG 0323 IMG 0063
 IMG 0283  IMG 0060
   


Disediakan Oleh:


Pusat Zon 4,

Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel