05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Hari Terbuka Muslimat (HATEM 2017)

 
1

 

11 Mac 2017 / 12 Jamadil Akhir (Sabtu) – Surau Al-Munawwarah Presint 5R3telah mengadakan Hari Terbuka Muslimat (HATEM 2017) yang melibatkan semua muslimat dan ahli kariah surau tersebut. Program tersebut telah berlangsung pada 10.00 pagi dan berakhir pada 6.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah berlangsung pada hari tersebut antaranya,  waktu pagi ialah demo masakan Western, dekorasi kek, tutorial tudung, latihan memanah dan pertandingan mewarna kanak-kanak dan pada waktu petang pula ialah pertandingan anyaman ketupat dan pertandingan gubahan bunga.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Hazarudin Bin Baharudin (Ketua Penolong Pengarah Kanan) JAWI Cawangan Putrajaya. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah memberikan kata-kata yang bermakna kepada semua muslimat dan ahli kariah Surau Al-Munawwarah agar sentiasa mengimarahkan surau dengan apa cara sekalipun dan sentiasa memberi kerjasama kepada program-program yang dianjurkan oleh  Ahli Jawatankuasa Surau dan JAWI Cawangan Putrajaya. 

 

2 3
   
   
   


Disediakan Oleh:


Jawi Cawangan Putrajaya

 


Cetak   Emel