05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

60 Pelajar Politeknik Didedahkan Tentang Kaedah Penyembelihan Halal

 

IMG 4257

 

15Mac 2017 (Rabu) -Masjid al-Imam al-Ghazali di bawah Pusat Pentadbiran Zon 1, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Politeknik Metro, Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Penyembelihan di Masjid al-Imam al-Ghazali, Manjalara. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai kursus tersebut.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kaedah yang betul dalam proses penyembelihan binatang mengikut syarak. Selain itu, ia juga sebagai sesi praktikal kepada pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Halal Food di politeknik tersebut.  

Penganjuran kursus secara bersama antara pihak masjid dan institusi pendidikan ini mampu menjayakan misi JAWI dalam menjadikan masjid sebagai pusat keilmuan dan bukannya sebagai pusat ibadah semata-mata.  Peserta belia yang terlibat dalam kursus ini diharap dapat memahami bahawa institusi masjid sebenarnya mesra belia kerana prasana yang disediakan, boleh dimanfaatkan oleh golongan tersebut seperti perkhimatan WiFi, gelanggang sukan dan sebagainya.

Bersempena dengan kursus dijalankan, pihak masjid melalui Biro Muslimah Masjid telah menyediakan jamuan makan tengahari (Jamuan Rakyat) untuk jemaah masjid yang hadir bersolat di situ. 

 

IMG 4258 IMG 4266
IMG 4269 IMG 4272
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel