05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kekeluargaan bertajuk Milik Siapakah Hati Ini JAWI LABUAN

1

13 Mac 2017(Isnin) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan telah mengadakan Seminar Kekeluargaan bertajuk Milik Siapakah Hati Ini bertempat di Dewan Syura Masjid Jamek An Nur.
            Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan NGO’s telah terpilih menghadiri seminar ini.
Pengisian seminar ini diantaranya pendedahan mengenai kaedah dan cara memikat hati pasangan suami isteri. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kekeluargaan wajar difahami sebaiknya oleh setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga.  Dalam pandangan islam, pernikahan merupakan ikatan yang amat suci. kursus ini serba sedikit telah memberi pendedahan dan cara yang berkesan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan harta sepencarian.
            Seminar ini telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan . Seminar ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Norazaman Amat Ketua Eksekutif Pusat Kaunseling MAINS . Antara objektif perlaksanaan kursus ini adalah :

a)      Memberi penjelasan kepada peserta mengenai pengurusan emosi dan hati pasangan
b)      Meningkatkan tahap maklumat dikalangan masyarakat Islam.
c)      Memberi pengetahuan mengenai perancangan pengurusan rumahtangga yang di tuntut oleh Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t.
d)      Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aspek yang perlu ditekankan di dalam penyampaian isu-isu berkaitan.
Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta. Semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi para peserta seminar. 

3

Foto & Teks oleh:

Cawangan Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan

 


Cetak   Emel