05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ambil Cakna Pesakit di PPUM

 
zdbhppum4

 

13 Mac 2017 | 14 Jamadilakhir 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 9 Mac 2017. Ziarah kali ini disertai seramai 7 orang diketuai oleh Us Mohamad Rosly bin Omar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan JAWI bermula jam 10 pagi melibatkan pesakit-pesakit di Wad 11A dan 11B.

 

Objektif program Ziarah Dakwah bil Hal antara lain bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pesakit-pesakit dari aspek fizikal, mental dan kerohanian di samping melaksanakan tuntutan dakwah bil hal dengan menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pesakit-pesakit yang terlibat. Para pesakit turut dibekalkan dengan goodies bag berisi kain pelikat, kain batik serta bahan bacaan panduan ibadah pesakit. Rata-rata para pesakit di Wad 11A dan 11B memberikan maklum balas yang positif dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan bagi membuktikan kepekaan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

 

 

zdbhppum zdbhppum1
zdbhppum3 zdbhppum5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel