05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Menjejak Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (1995 – 2000)


 
jejakwm
 

08 MAC 2017 I 9 JAMADILAKHIR 1438H (RABU) Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam buat julung kalinya telah berkunjung ke rumah Tuan Haji Wan Mahmood bin Wan Yaacob di Kajang. Beliau yang merupakan mantan Pengarah JAWI yang kelima adalah seorang yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya selama hampir 5 tahun sebagai pengarah JAWI. Justeru program jejak pesara kali ini bukan sahaja berjaya menjejaki beliau malah dapat membina ukhuwah antara generasi lama dan baharu yang ada di JAWI di samping mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Diharapkan beliau diberikan Allah SWT umur yang panjang serta kesihatan yang berpanjangan.

Program Jejak Pesara kali ini telah diketuai oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah dan Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan serta dihadiri oleh seramai 21 orang pegawai JAWI dari pelbagai bahagian.

Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini, menjadi jambatan yang boleh menghubungkan antara Jabatan dengan pesara. Melalui usaha ini juga diharapkan semua penjawat awam yang telah bersara di JAWI tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih berkhidmat di jabatan ini.

jejakwm2 jejakwm3
jejakwm4 jejakwm5

 Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                    
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel