05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelatih Klinik C&C 1Malaysia Sungai Besi Mengingati Mati

 
tajhizcnc9

9 Mac 2017 | 10 Jamadilakhir 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Intensif Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia Sungai Besi pada 7 Mac 2017 (Selasa) bertempat di Surau Nurul Yaqin, C&C 1Malaysia Sungai Besi. Kursus tersebut telah melibatkan seramai 120 orang pelatih yang sedang menjalani rawatan di Klinik C&C 1Malaysia tersebut. Kursus yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Miqdad bin Salim dari BAKA IPD Raub dengan dibantu oleh Ustazah Salasia binti Isdal, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah dan dua orang fasilitator iaitu Ustazah Raisah bin Abu Bakar dan Ustaz Norsuharizal Wan Hasan daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Kursus intensif pengurusan jenazah yang dijalankan telah dimulakan dengan sesi pembelajaran teori sehinggalah ke sesi praktikal pengurusan jenazah telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Klinik C&C 1Malaysia Sungai Besi, Encik Suhaimi bin Kamarudin. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar para pelatih ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan seterusnya dapat mewujudkan kesedaran di kalangan mereka dalam menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

tajhizcnc tajhizcnc1
tajhizcnc3 tajhizcnc4
 tajhizcnc6  tajhizcnc9
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel