05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Berkala Pusat Kursus Praperkahwinan Sekitar Kuala Lumpur Siri-2

04 Mac 2017M / 05 Jamadilakhir 1438H (Sabtu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Pra perkahwinan sekitar Kuala Lumpur.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan Syarikat Penganjuran Kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI). Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat penganjuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

Delegasi daripada BPPK, JAWI diketuai oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (PPK, BPPK), Mohd Hairolesham bin Misri dan Siti Noorkhatijah Asikin binti Roslan yang terlibat dalam pemantauan ini.

Delegasi daripada BPPK, JAWI mula bergerak pada jam 9.00 pagi ke Syarikat Medas Corporation Sdn. Bhd yang terletak Masjid Al-Akram Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan tiba di lokasi sekitar jam 09.30 pagi. Seterusnya ke Syarikat Mahligai Firdaus Sdn.Bhd di Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kemudian ke Syarikat Astana Mukmin Enterprise di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Di ikuti dengan Syarikat MYD Solution di Danau Kota, Kuala Lumpur dan berakhir dengan Syarikat Siarra Ventures yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur.

Semoga pertemuan antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus perkahwinan dapat memberi banyak manfaat kepada semua pihak dan syarikat-syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus.

   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel