05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Ke Masjid Ar-Rahimah

LPMAR1

 

8 Mac 2017 / 9 Jamadil Akhir (Rabu) – Masjid Ar-Rahimah telah menerima kunjungan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP, YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh.

Kunjungan ini merupakan lawatan kerja kali pertama beliau  ke Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, Kuala Lumpur bagi melihat perkembangan terakhir pembinaan masjid.Masjid Ar-Rahimah telah dibina semula pada 10 Ogos 2014 dan dijangka siap pada bulan Mac 2017.

Menerusi lawatan kerja ini beliau telah memberikan kata-kata nasihat kepada Jawatankuasa Masjid supaya memberikan fokus yang lebih kepada aktiviti pengimarahan masjid berbanding aspek pengurusan masjid.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Operasi, Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim,Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid,Ustaz Mohd Yazid Bin Saad Penyelaras Pejabat Pentadbiran Zon 3 JAWI, pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan pegawai dari Bahagian Pembangunan JAWI serta pegawai dari Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI.

 

 

LPMAR2 LPMAR3
   
   
   
   

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel