05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ziarah Ilmu Oleh Ulama Pattani, Thailand

ZUP1

 

07 Mac  2017 / (Selasa) – Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur telah menerima kunjungan oleh seorang tokoh Ulama Usuluddin daripada Pattani, Thailand. Dan beliau ialah Al-Fadhil Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad Al-Fathoni atau lebih dikenali dengan Baba Li Sekam, Mudir Al-Ma’had Al-Islami Sekam pengganti kepada Sheikh Abd Al-Qadir Hj Wangah Al-Fathoni (Ayah Dir Sekam).


Sempena kunjungan Tn. Guru Hj. Ghazali ini, pihak Masjid memohon jasa baik beliau untuk mengupas tajuk  “Kepentingan dan keutamaan mempelajari ilmu Aqidah”. Program ini bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 10 malam. Objektif utama program ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu Aqidah terutamanya di dalam bab mengenal Allah Ta’ala. Di samping itu, ia menyuntik semangat kepada masyarakat untuk istiqamah di dalam menghadiri majlis-majlis ilmu seperti kuliah-kuliah maghrib, Daurah kitab, bengkel-bengkel ilmu yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur dan selainnya.

Program ini telah dijalankan secara kerjasama dengan Sahabat Kuliah FBgolive dan disiarkan secara terus di laman sosial Facebook.com malah turut direkodkan di laman sosial tersebut.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan dengan kehadiran hampir 200 orang Jemaah dari Kampung Sungai Penchala dan sekitarnya.  InsyaAllah program seperti ini akan terus dianjurkan untuk masa-masa akan datang agar semua yang hadir mendapat semangat dan suntikan baru di dalam mencari redha Allah terutamanya di dalam menuntut ilmu-ilmu Fardhu Ain.

KARS2 KARS4
KARS3 KARS5
ZUP6 ZUP7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel