05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunci Al-Quran Dan Rahsia Solat

KARS1

4 Mac 2017 I 5 Jamadil Akhir 1438 ( Ahad ) – Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur dengan anjuran bersama Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Menara Bank Islam dan Perpustakaan Kuala Lumpur telah mengadakan Seminar Penghayatan Surah Al-Fatihah Dan Solat (FALAH) di Auditorium Elyas Omar, Perpustakaan Kuala Lumpur.

Program ini telah disertai lebih daripada 100 orang peserta dan rata-rata di kalangan peserta berpuas hati dengan penganjuran seminar kali ini kerana skop dan isu yang diketengahkan dalam program ini sangat menarik dan tepat pada masanya. Antaranya ialah Formula Solat Sempurna Dan Kesalahan Biasa Dalam Solat (Ustaz Shahrizan bin Daud), Rahsia Kelebihan Al-Fatihah (Ustaz Syaari Ab.Rahman), Praktikal Bacaan Surah Al-Fatihah (Ustaz Amirahman bin Abas) dan Falsafah Kepentingan Solat (Ustaz Dato’ Dr.Izhar Ariff).

Sepanjang program berlangsung daripada 8 pagi hingga 5 petang, para peserta tidak berganjak daripada tempat duduk memandangkan kupasan yang cukup menarik daripada semua ahli panel. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nazam bin Harun, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pengurusan Perumahan Dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Majlis ini turut dihadiri Haji Mohd Nazri bin Chik selaku Pengerusi Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Menara Bank Islam.

KARS2 KARS4
KARS3 KARS5
KARS6 KARS7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel