05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

YES Alumni Malaysia Interfaith Visit & Dialogue Bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL)

YESAM1

4 Mac 2017 (Jumaat) – Seramai 20 orang wakil daripada Youth Exchange & Study Alumni Malaysia telah melawat dan mengadakan sesi dialog harmoni bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL). Mereka adalah pemimpin belia daripada pelbagai latar belakang agama yang telah mengikuti program pertukaran pelajar di bawah kelolaan Kennedy-Lugar Youth Exchange & Study, U.S Department of State.

Islamic Outreach ABIM Center sebagai Rakan Strategik Dakwah MJBKL telah bersama membawa para delegasi melawat Masjid dan menerangkan informasi menganai sejarah dan Islam kepada para delegasi. Antara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui bersama adalah betapa usaha mengharmonikan kehidupan sosial dikalangan masyarakat Malaysia amat perlu untuk dilaksanakan secara holistik di semua peringkat, serta peranan yang dapat dimainkan oleh semua institusi agama akan memberikan impak positif kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Setinggi penghargaan kepada YBhg. Ustaz Tuan Haji Mohd Nizam Bin Wahab selaku Biro Dakwah & Pelancongan J/K Pentadbir MJBKL yang turut hadir dan memimpin sesi dialog harmoni yang telah diadakan.

YESAM2 YESAM3
YESAM4 YESAM5
YESAM6 YESAM7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel