05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Tangisan Syria

TSMS1

3 Mac 2017M/ 4 Jamadil Akhir 1438H (Jumaat) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),Taman Maluri  telah mengadakan Ceramah Khas Tangisan Syria bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur. 

Majlis dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah kemudian disusuli dengan Ceramah Khas oleh YBhg Ustaz Mohd Nazmi bin Abdul Karim (Muslim Care Malaysia) dengan tajuk “Tangisan Syria”. Melalui ceramah ini,penceramah menceritakan bagaimana bermulanya peperangan sehingga melibatkan ratusan nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban dan juga slide video misi bantuan kemanusian oleh pihak “Muslim Care Malaysia” turut ditayangkan pada malam tersebut.200 orang Jemaah yang hadir memeriahkan ceramah ini.

Hadir sama pada ceramah khas ini Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor Bin Ibrahim,Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa,Pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

 

TSMS2 TSMS3
TSMS4 TSMS5
TSMS6 TSMS7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash-Shafie
Taman Maluri, Kuala Lumpur
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel