05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Khatam Al-Quran Dan Selawat Perdana

MKQP IMG 5091

5 Mac 2017 (Ahad) – Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Dan Selawat Perdana yang diadakan bertempat di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Persiaran Setiawangsa, di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Haji Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia ini turut melakarkan sejarah tanahair dengan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan ‘Paling Ramai Khatam Al-Quran Menggunakan Al-Quran Braille’ yang disertai oleh seramai lebih dari 500 orang di kalangan Peserta Insan Istimewa (OKU) Cacat Penglihatan dan melebihi 2500 orang dari kalangan peserta-peserta umum.

Antara peserta yang turut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran Dan Selawat Perdana ini terdiri daripada Insan Istimewa (OKU) yang cacat penglihatan, pelajar tahfiz, anak-anak yatim, pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, pelajar-pelajar Sekolah dan masyarakat umum sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya Parlimen Setiawangsa.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan tali silaturahim dan mendekatkan masyarakat kepada mereka yang kurang bernasib baik, namun berkebolehan membaca al-Quran serta celik hatinya. Selain itu, turut memberikan kesedaran kepada masyarakat awam berkenaan potensi dan keperluan OKU pelbagai kategori yang perlu disahut oleh seluruh Masyarakat melalui Kempem Gagasan OKU Muqarabun yang kini dijalankan secara Proaktif oleh GERAKWANIS dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada YAB. Perdana Menteri turut hadir dan bersama-sama berkhatam Al-Quran dan beramah mesra dengan para peserta Majlis Khatam Al-Quran dan Peserta Peniaga ASNAF. Kehadiran YABhg. Datin Paduka Seri dalam Majlis ini menunjukkan betapa keprihatinan beliau tentang peri pentingnya mengagungkan dan menjadikan Al-Quran sebagai tunjang dan paksi pegangan kehidupan seharian masyarakat Islam keseluruhannya.

Turut hadir, YB. Dato’ Ahmad Fauzi Bin Haji Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Hajah Bibi Sunita Binti Haji Sakandar Khan, Pengerusi GERAKWANIS.

MKQP IMG 5003 MKQP IMG 4973
MKQP IMG 5041 MKQP IMG 5128
MKQP IMG 5096 MKQP IMG 5169
MKQP IMG 5190 MKQP IMG 5255

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria,

Jurufoto JAWI

 


Cetak   Emel