05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Jati Diri dan Integriti Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid

utama1

28 Februari – 2 Mac 2017. Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI melalui Unit Latihan telah menganjurkan Kursus Jati Diri dan Integriti Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Penyertaan kursus ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid di Ibu Pejabat dan Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan (Pegawai Masjid).

Kursus ini dirangka untuk memantapkan jati diri dan integriti semua pegawai dan kakitangan selaku penjawat awam. Kursus ini turut menitikberatkan peranan pegawai masjid bukan hanya sekadar menjalankan tugas sebagai imam/ bilal tetapi turut berperanan sebagai pemudah cara rujukan anak kariah dan masyarakat setempat.

Modul kursus ini diurus dan diselia oleh Unit Integriti, INSTUN berteraskan modul jati diri dan integriti. Para peserta dilibatkan dengan aktiviti in door dan out door seperti mencari harta karun, ikhtiar hidup, burung hantu, night walk, jungle trackking dan pelbagai lagi. Peserta juga turut didedahkan dengan keindahan alam supaya para peserta menghargai alam sekitar disamping ilmu tambahan berkaitan tumbuh-tumbuhan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Tuan Haji Jaafar bin Ismail telah merasmikan program tersebut serta turut melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan. Pengalaman berharga para peserta diharapkan dapat dijadikan inspirasi untuk terus cemerlang di dalam perkhidmatan.

kketujuh1  kketiga1 
 kkenam1  kkempat1
 kkelima1  DSC 12991
 DSC 09791  ddua1
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel