05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENATARAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

 kur 1 - Copy
 

28 Februari 2017 – Unit Peperiksaan dan Penilaian Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Penataran Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tahap satu di Bilik Aktiviti Aras Tiga, Menara Pusat Islam Kuala Lumpur.Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai di Bahagian Pelajaran serta guru dan pentadbir Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ).

Kursus ini telah disampaikan oleh Jurulatih Utama Bahasa Melayu dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Puan Saripah Musalmah Binti Hashim.Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah Pentaksiran bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kursus ini amat penting kepada guru-guru dan sewajarnya dapat diadakan pada masa akan datang kerana ia dapat memberi pendedahan dan maklumat terbaru berkaitan pentaksiran untuk kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

kur 2 - Copy   kur 3 - Copy
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel