05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

INTEGRATED HOLISTIC EDUCATION SYSTEM (IHES) DALAM PENGURUSAN PANITIA SEKOLAH ;SATU PENANDA ARAS MELALUI LAWATAN KERJA KE SRA TAMAN PERMATA, HULU KLANG

 jais 1

2 Mac 2017 / 3 J’Akhir 1438H. Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Agama Taman Permata, Hulu Klang. Lawatan kerja ini diketuai oleh Ustazah Nor Asiah Binti Harun, Penolong Pengarah Kanan Unit Perancangan Akademik & Kurikulum JAWI dan disertai oleh Pegawai, Penolong Pegawai, Pegawai Penyelaras Pusat Zon dan  Guru Besar Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ) dan  wakil Sekolah Rendah Agama ( SRA ) JAWI.  Lawatan ini turut dihadiri oleh wakil  daripada Unit Pendidikan Daerah Gombak, Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuai oleh Puan Siti Masrah binti Sanusi.Lawatan ini  telah berjaya mewujudkan satu platform untuk menjalinkan pelbagai kerjasama dimasa akan datang.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk bertukar-tukar  maklumat dan pandangan berkaitan pelaksanaan pendekatan Integrated Holistic Education System ( IHES ) dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya diaplikasi dalam pengurusan panitia sekolah yang mana ianya merupakan tonggak utama pembangunan pendidikan dalam menghasilkan kemenjadian murid-murid di sekolah.

Sepanjang lawatan tersebut telah diadakan taklimat  dan sesi perbincangan oleh pihak pentadbir sekolah ini disamping  sesi lawatan khususnya  kawasan sekolah yang melibatkan kelas, surau dan bilik guru. Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

jais 2  jais 4 
 jais 3  jais 5
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel