05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ziarah Pesakit di Wad Orthopedik HKL

 
dbhmac2017

2 Mac 2017 | 3 Jamadilakhir 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal melibatkan Wad 1 dan Wad 4 (Wad Orthopedik), Hospital Kuala Lumpur (HKL). Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah terlibat dalam sesi ziarah kali ini diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Hasyidah binti Mohd Noor. Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam komited melaksanakan Ziarah Dakwah bil Hal ini setiap bulan bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam menjalankan Dakwah bil Hal bukan sahaja kepada pesakit malahan juga kepada kakitangan yang bertugas di hospital.

 

Rombongan lawatan bermula pada jam 10.00 pagi turut menyampaikan barangan sumbangan berupa kain pelikat dan bahan bacaan panduan ibadah pesakit di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai lebih kurang 60 orang pesakit di kedua-dua wad berkenaan. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah beribadat yang tepat untuk pesakit di samping turut memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

dbhmac20172 dbhmac20177
dbhmac20176 dbhmac20175
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel