05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Hari Sukaneka Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (Siraj) Al-Alusi Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur

 

alusi 1 

 

25 Februari 2017 – Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat telah mengadakan Hari Sukaneka dengan penglibatan murid tahun 1 dan 2 yang berlangsung dengan meriah. Ibu bapa dan penjaga turut hadir bagi menjayakan hari sukaneka tersebut, di samping melihat anak-anak mereka bertanding dalam acara-acara yang dipertandingkan.  Acara yang dipertandingkan ialah leret bola menggunakan gelung, larian obor, bawa bola ping pong menggunakan sudu, lari berhalangan dan baling pundi kacang. Objektif  hari sukaneka tersebut diadakan adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum dengan mengekalkan sahsiah keperibadian sejajar akhlak Islam dalam aktiviti kokurikulum.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Puan Khadijah Binti Abdul Rahman; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran bagi merasmikan penutupan Hari Sukaneka SIRAJ Al-Alusi tahun 2017 dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta yang bertanding. Acara sukaneka ini dilangsungkan pada setiap tahun, dan merupakan acara wajib yang dimasukkan ke dalam perancangan taqwim tahunan sekolah. 

 

 

alusi 2   alusi 4  
 alusi 5  alusi 6  
alusi vvvv alusi 3  
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel