05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mufti Turun Padang Bersama Jemaah Sungai Penchala

MTPMSP1

28 Februari 2017M / 1 Jamadil Akhir 1438H (Selasa) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala telah menganjurkan Ceramah Bulanan yang disampaikan oleh Y.Bhg. SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Ceramah bermula selepas solat Maghrib dan dihadiri oleh lebih 200 orang jemaah setempat. Melalui ceramah ini, Datuk Dr. Zulkifli menyeru kepada semua audien yang hadir untuk sama-sama mempertingkatkan kualiti ibadah sembahyang dan dapat hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Sebelum majlis ceramah bermula, Datuk Dr. Zulkifli juga berkesempatan menziarahi rumah sebuah keluarga yang ranap ditimpa pokok dan menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan. 

MTPMSP2 MTPMSP3
MTPMSP4 MTPMSP5
MTPMSP6 MTPMSP7
MTPMSP8 MTPMSP9
   

Disediakan Oleh:

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah
Kampung Sungai Penchala, KL

Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel