05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:20
Zohor
16:45
Asar
19:29
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mudahnya Pengubatan Islam

PPIMH1

18 Februari  2017 (Sabtu) – Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Kekeluargaan Islam : Pengubatan Islam [Ilaj Syar’ie]. Program ini dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Abd Halim Bin Zakaria yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam Darussyifa’  dan juga Panel “Manual Kaunseling Syarie” JAKIM.  Program ini dijalankan dengan 2 sesi iaitu Sesi pertama pada 11 Februari 2017 dan sesi kedua pada 18 Februari 2017 yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Objektif utama program ini dijalankan ialah memberi tanggapan positif kepada masyarakat tentang rawatan melalui kaedah Pengubatan Islam malah kaitannya menurut Ilmu Sains, psikologi diri manusia dan kaitan dengan alam ghaib. Di samping itu, program ini juga bermatlamat melahirkan individu yang mampu merawat pesakit yang memerlukan kaedah rawatan Pengubatan Islam.

Seramai 30 peserta dari Kg. Sg. Penchala dan sekitarnya telah berdaftar menyertai program ini termasukkan wakil-wakil dari Pusat Perubatan  Al-Qayyum. Majoriti peserta amat berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana program ini sangat memberi manfaat.

InsyaAllah Program pengubatan Islam akan dianjurkan lagi pada masa akan datang. Semoga majlis-majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan.

 

PPIMH2 PPIMH3
PPIMH4 PPIMH5
PPIMH6 PPIMH7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel