05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Meriah Di Jom Subuh Bagi Penuh 7 Series Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam

JOMS1

25 Februari 2017 | 28 JamadilAwal 1438H (Sabtu) – Kemeriahan waktu subuh dirasai oleh lebih 500 orang ahli jemaah di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam dalam Slot Salam Khadijiah yang menampilkan Ustaz Nor Raihan dan Ustaz Shahrizan Daud bagi Forum yang bertajuk‘7 Hari Mencintai-Mu’. Program Jom Subuh Bagi Penuh 7 Series yang dipimpinoleh Ustaz Mohd Shahril Abd Samat (Naqib Masjid) ini yang merupakan siri pertama bagi tahun 2017 yang diadakan di Masjid ini sebagai satu galakan pengimarahan Masjid oleh masyarakat setempat khasnya selain mengeratkan ukhwah sesama masyarakat  yang bermastautindi Kg.Pantai Dalam. Sepanjang pemerhatian, program Jom Subuh Bagi Penuh Ini telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri sekaligus mencetuskan satu fenomena di Pantai Dalam ini.

 

Jom Subuh Bagi Penuh 7 Series tidak hanya dihadiri oleh masyarakat awam sekitar, terdapat juga pelajar dan guru yang turut bersama-sama hadirkan diri memenuhi ruang-ruang di majlis ilmu ini. Antara yang terlibat ialah Kolej Politech MARA, Institut Latihan Perindustrian, dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar.

Program ini ternyata berbekas di hati para Jemaah dan diharap untuk terus diadakan lagi padamasa akan datang. Begitu juga para panelis yang menyokong penuh program ini. Selepas selesai forum, tetamu yang hadir berpeluang bersarapan bersama panelis dengan hidangan istimewa roti bom dan nasi lemak panas khas kepada jemaah yang disayangi.

JOMS2 JOMS3
JOMS5 JOMS5
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

 


Cetak   Emel