05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Hafazan & Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1438H/2017M Dapat Sambutan Meriah

 
mhtqwp10

 

23 Februari 2017M | 26 Jamadilwal 1438H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Hafazan & Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1438H/2017M bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

 

Acara ini diadakan bagi mencari qari dan qariah serta hafiz dan hafizah terbaik bagi mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Hafazan & Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada di Melaka bermula 31 Mac 2017 akan datang. Di samping melahirkan generasi yang cinta dan mahir membaca Al-Quran, ia juga bertujuan menarik minat masyarakat mendekati, memahami dan menyemarakkan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Al-Quran.  

 

Majlis dengan tema ”Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” ini mempertandingkan 5 orang qari dan 5 orang qariah di samping 33 orang hafiz dan hafizah yang telah dipilih dari peringkat zon iaitu Zon A, B, Putrajaya dan Labuan. Hampir 1,000 orang telah hadir dari pelbagai agensi masjid, IPT dan juga masyarakat awam. Majlis Perasmian Penutupan dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Y.Brs Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Hj Yaakob bin Abdul Rahimmanakala Ucapan Perasmian Penutupan disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Pengumuman keputusan penuh Majlis Hafazan & Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1438H/2017M telah disampaikan oleh Setiausaha Jemaah Hakim, Tuan Haji Yusof bin Mamat yang mewakili 10 ahli jemaah hakim bagi setiap acara Tilawah & Hafazan. Johan Qari disandang oleh Saudara Wan Fakhrul Razi Bin Wan Mohamad manakala Johan Qariah disandang oleh Puan Noor Suhaiza binti Chulan yang masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM5,000.00 dan sijil penyertaan. Manakala bagi acara Hafazan, johan kategori 1-30 juzuk diungguli oleh Saudara Abdul Aziz bin Karim (Hafiz) dan Saudari Putri Nur Nadia binti Bakri (Hafizah) yang juga masing-masing merangkul hadiah piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM5,000.00 dan sijil penyertaan. Kesemua mereka akan mewakili kontinjen Wilayah Persekutuan ke Majlis Hafazan & Tilawah Peringkat Kebangsaan di Melaka nanti.

 


mhtqwp3 mhtqwp6
mhtqwp4 mhtqwp5
 mhtqwp2  mhtqwp
mhtqwp9 mhtqwp8

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel