05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Teruskan 'Jejak Pesara'

 
jp5

8 Februari 2017 | 11 Jamadilawwal 1438H (Rabu) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam buat julung kalinya telah mengadakan Program Jejak Pesara JAWI. Program ini bertujuan bagi menjejaki serta mengambil tahu keadaan dan perkembangan terkini penjawat awam di JAWI yang telah bersara. Disamping merapatkan lagi ukhuwah antara Jabatan dengan pesara ia juga sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial jabatan dalam menyantuni golongan pesara yang telah menabur bakti di JAWI sepanjang perkhidmatannya.

Seramai 18 orang pegawai JAWI dari pelbagai bahagian telah menyertai program kali ini, dengan diketuai oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, diiringi oleh Ustazah Salasia binti Isdal Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah. Bagi siri 2 ini, antara pesara telah berjaya dijejaki adalah Puan Hajjah Maimunah binti Rahman dan Hj. Mohd Nor bin Hanafi. Diharapkan mereka diberikan Allah SWT umur yang panjang serta kesihatan yang berpanjangan.

Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini, menjadi jambatan yang boleh menghubungkan antara Jabatan dengan pesara. Melalui usaha ini juga diharapkan semua penjawat awam yang telah bersara di JAWI tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih berkhidmat di jabatan ini.


jp2 jp4
jp jp3
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel