05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Perdana bersama Dato' Ustaz Kazim Elias di Masjid Bangsar

DUKEBJ1

 26 Februari 2017 (Ahad) – Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar bersama  Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) telah mengadakan program khas Ceramah Perdana bertajuk “Ke Arah Keluarga Bahagia” yang  menampilkan personaliti dakwah terkenal Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Ustaz Mohamad Kazim Elias (DUKE).

Kira-kira seramai 1500 jemaah yang telah hadir ke program ini bermula seawal jam 7.00 malam untuk solat fardhu maghrib berjemaah bersama dan kemudiannya selepas solat maghrib para jemaah di jemput untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum menanti kehadiran YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias yang akan menyampaikan ceramahnya selepas solat fardhu Isyak. Program ini telah  mendapat sokongan yang penuh dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menyediakan 1500 pek nasi berlauk khusus untuk para jemaah yang hadir.

Gerai-gerai jualan juga telah dibuka sehari awal dari tarikh program bertempat di Anjung 2 Masjid dengan menyediakan pelbagai jualan barangan yang menarik seperti pakaian fesyen muslim dan muslimah, JUMBO sale, makanan dan minuman, barangan-barangan terpakai, kitab dan buku agama dan lain-lain lagi.

 

DUKEBJ2 DUKEBJ3
DUKEBJ4 DUKEBJ70
 DUKEBJ30 DUKEBJ50
 DUKEBJ40  DUKEBJ5
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel