05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:20
Zohor
16:45
Asar
19:29
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Cakna Masjid Terhadap Masyarakat Setempat Peringkat Zon 3 Jawi Bagi Tahun 2017/1438

SCM1

 

23 Februari 2017 / 26 Jamadil Awal (Selasa)– Pejabat Pentadbiran Zon 3 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Al-Imam Ash-Shafie Tmn Maluri,telah mengadakan Seminar Cakna Masjid Terhadap Masyarakat Setempat Peringkat Zon 3 tahun 2017/1438 bertempat di Dewan Seri Perkasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie Tmn Maluri, Kuala Lumpur. Seramai 400 orang peserta yang terdiri  pegawai  jawatankuasa masjid dan surau, di bawah Pentadbiran Zon 3.

Di dalam seminar tersebut, para peserta telah diberikan dua sesi ceramah yang menarik. Sesi ceramah pertama telah disampaikan oleh YH. Dato’ Badli Shah bin Alaudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang. Tajuk ceramah beliau ialah“Cabaran dan Halangan Dalam Memakmurkan Institusi Masjid”.Manakala sesi ceramah kedua pula telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr Faisal@Ahmad Faisal bin Abdul Hamid dari Universiti Malaya. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah“Tanggungjawab Institusi Masjid Terhadap Masyarakat”.Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim Timbalan Pengarah Opersi JAWI.

Turut hadir di dalam seminar ini YBhg Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bhgn Pengurusan Masjid JAWI,YBhg Ustaz Mazlan bin Osman PPK Zon 5 JAWI,pengerusi-pengerusi masjid dan surau di bawah zon 3.

 

SCM2 SCM3
SCM4 SCM5
SCM6 SCM7
   
   

Disediakan Oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel