05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:20
Zohor
16:45
Asar
19:29
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Ulangtahun Akademi Al-Quran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq

AAMS1

 

15 Februari 2017 (Rabu)– Akademi Al-Quran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah menganjurkan majlis sambutan ulangtahun tahun pertama penubuhannya setelah dilancarkan pada 22 Januari 2016 yang telah dirasmikan oleh Pengarah JAWI pada ketika itu iaitu YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya. Majlis ini telah berlangsung dengan begitu meriahnya dengan disambut dan diraikan oleh para tetamu yang hadir terdiri Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru - Guru dan Peserta Akademi Al-Quran serta  Kakitangan dan Jemaah Masjid.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Operasi JAWI) serta wakil dari Bahagian Pengurusan Masjid JAWI iaitu YBhg. Ustaz Anwar Hakim bin Mohd Salleh (Ketua Penolong Pengarah).

Majlis ini bermula pada jam 3.00 petang dengan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Ibrahim bin Thamby Chik (Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq) dan kemudiannya diteruskan kepada ucapan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim. Pada petang itu juga para tetamu kemudiannya dapat bersama menghayati bacaan ayat suci Al-Quran dan tazkirah ringkas serta bacaan doa yang dipimpin oleh tenaga pengajar Akademi Al-Quran dan Qari Jemputan Khas iaitu YBhg. Ustaz Hj Ahmad Tirmizi bin Hj. Ali (Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014).

 

AAMS2 AAMS3
AAMS4 AAMS5
AAMS6 AAMS7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

 


Cetak   Emel