05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengajian Kitab Tauhid Perdana Siri-2 : “Aqidatul Awam”

KAA1

09 Februari  2017 (KHAMIS) – Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah mengadakan Pengajian Kitab Tauhid Perdana Siri-2 : “Aqidatul Awam”. Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Al-‘aydrus, yang merupakan Mudir Pondok Rumi Sufi Jawi, Bandar Baru Sungai Buloh, Shah Alam. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Pengajian Kitab Tauhid Perdana ini menggunakan kitab Tauhid yang masyhur sesuai untuk masyarakat awam iaitu kitab “Aqidatul Awam”, Karangan Syeikh Sayyid Ahmad Al-Marzuki Al-Maliki Al-Makki.

Seramai 80 peserta yang berdaftar telah menyertai program ini. Kebanyakan peserta tinggal di sekitar Kampung Sungai Penchala dan sekitarnya, malah terdapat juga pelajar IPTA dari luar daerah seperti pelajar UPSI dan lain-lain.

InsyaAllah Pengajian Kitab Tauhid Siri-3 bakal menyusul dalam tempoh beberapa bulan lagi. Semoga majlis-majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan.

KAA2 KAA3
KAA4 KAA5
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel