05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Sistem Pentadbiran Dan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ Masyarakat Islam Kemboja Tahap 1 Tahun 2016 Di Kemboja

10-11 Februari 2017- (Jumaat - Sabtu)  Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Pemantauan Sistem Pentadbiran Dan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ Masyarakat Islam Kemboja Tahap 1 Tahun 2016 Di Kemboja.

          Objektif program ini adalah untuk :

3.1    Memantau Struktur Organisasi dan Carta Fungsi serta Senarai Tugas Pegawai Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ masyarakat Islam Kemboja.

3.2    Memastikan dokumen-dokumen dan rekod pendaftaran serta fail berkaitan dengan urusan nikah, cerai dan ruju’ (NCR) masyarakat Islam Kemboja disediakan mengikut keperluan.

3.3    Memantau Bilik Operasi NCR Kemboja dan aset keperluannya.

Delegasi ini di ketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan (BPPK) dan 2 orang pegawai iaitu Ustaz Hasli bin Othman dan Ustaz Hazman bin Hashim.

Program pemantauan tersebut telah dimulakan dengan sesi perbincangan bersama  Mufti Kerajaan Kemboja dan para pegawai NCR peringkat pejabat mufti serta pemantauan bilik operasi NCR masyarakat Islam Kemboja yang telah disediakan.

Program tersebut diteruskan dengan pemantauan dan penelitian terhadap  carta organisasi, senarai tugas, borang-borang dan dokumen NCR. Seterusnya program terakhir adalah lawatan ke majlis akad nikah bagi melihat prosedur dan tatacara akad nikad masyarakat Islam kemboja.

 

   
   

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel