05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Taklimat Pelantikan Baharu Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil 1/2017

Pada 13 Februari 2017M (Isnin) -  Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga di Bawah Cawangan Nikah Cerai Dan Ruju’ telah mengadakan Majlis Taklimat Pelantikan Baharu Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil 1/2017 bertempat di Dewan Syura Wawasan Tingkat 2 Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip,  merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Jumlah  Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam yang dilantik ialah seramai 12 orang di Kuala Lumpur dan seorang di Putrajaya manakala 2 orang Pendaftar kedua-duanya di Putrajaya. Mereka telah diberi taklimat berkenaan Garis Panduan Pelantikan Dan Penamatan Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel