05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TILAWAH AL QURAN 1438H/2017M PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

1

 

11 Februari 2017M / 14 Jamadilawal 1438H - (Sabtu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Tilawah Al Quran 1437H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur. Qari Mohd Rosidi bin Mat Zin sekali lagi mengungguli sebagai johan manakala Qariah Rabiawati binti Omar pula johan Qariah. Mereka menerima wang tunai berjumlah RM 500.00, sijil penghargaan & plak.

 

            Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli Ahli Parlimen Malaysia P.166 yang merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut sama hadir ialah Yang Berhormat Senator Datuk Yunus bin Haji Kurus, Ahli Dewan Negara, Yang Berbahagia Tuan Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Yang Berbahagia Dato’ Sri Mohd Alias bin Ab. Rahman dan Yang Berusaha Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan merangkap Pengerusi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1438H/2017M. Selain ketua-ketua jabatan & swasta, ketua-ketua kampung dan masyarakat Labuan yang datang untuk memeriahkan majlis.

 

            Qari telah memperdengarkan bacaan surah Toha bermula ayat 36 dengan tarannum wajib sikah dan jiharkah dan memperoleh markah 90.5 peratus manakala Puan Rabiawati binti Omar telah membaca surah Al Baqarah  bermula ayat 44 dengan tarannum wajib hijaz dan nahawand  dan memperoleh markah 79 peratus. Mereka akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dalam Majlis Hafazan dan Tilawah Al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung pada 21 - 23 Februari 2017 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Disediakan oleh,

Cawangan Dakwah

JAWI

2 3  
 46  
 57  

Cetak   Emel