05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan Bil. 1/2017 dan Pelancaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Wilayah Persekutuan Labuan

ncr

 

 7 Februari 2017 (Selasa) – Cawangan Khidmat Pengurusan dan Cawangan Perkahwinan & Pembangunan Keluarga,Jabatan Agama Islam W.P. Labuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan Bil. 1/2017 dan Pelancaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Wilayah Persekutuan Labuan di Bilik Syura, Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan dan telah dihadiri seramai 240 pegawai dan kakitangan JAWI Labuan.

Objektif taklimat tersebut bertujuan untuk :-

a)       Mengadakan pertemuan dan perjumpaan dua hala antara  pegawai dan kakitangan di Jabatan Agama Islam W.P  Labuan termasuk guru-guru SRAI dan KAFA.

b)      Mengadakan sesi perkenalan bersama pegawai, kakitangan dan guru-guru SRAI dan KAFA yang baru berkhidmat di  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

c)     Meraikan perkhidmatan kakitangan yang akan bertukar jabatan, pekerja cemerlang bulanan, melangsungkan perkahwinan dan menyambut kelahiran.

Pada majlis tersebut dua (2) orang pegawai JAWI Labuan iaitu Puan Huzaimah bin Khalid, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S32 dan Puan Noraziah binti Wahid, Setiausaha Pejabat Gred N19 telah dianugerahkan sebagai Pekerja Contoh Jabatan (JAWI Labuan) bagi bulan Januari-Februari 2017.

Majlis tersebut diteruskan dengan Taklimat Penggunaan  Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam yang disampaikan oleh Puan Nur Azian binti Abdullah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Seterusnya Pelancaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Wilayah Persekutuan Labuan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluraga JAWI, Kuala Lumpur.

 

                       1                    2 
 3  4
 5  ncr

 

Disediakan oleh,

Cawangan Khidmat Pengurusan

JAWI Labuan.

 


Cetak   Emel